Jamin setiap masalah rakyat akan didengar

SARIKEI: Adun Repok Datuk Sri Huang Tiong Sii memberi jaminan setiap masalah rakyat di kawasannya akan diambil perhatian sewajarnya.

Menurutnya pendekatan itu sejajar dengan perjuangan GPS yang mengutamakan keperluan rakyat termasuk mereka di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Katanya, keprihatinan Kerajaan Sarawak terhadap kebajikan rakyat sangat besar dengan mengambil kira kepentingan termasuk manfaatnya untuk semua pihak.

“Pelaksanaan projek berimpak tinggi termasuk Sarikei menjadi bukti jelas keprihatinan Kerajaan Sarawak bagi memastikan kehidupan rakyat sentiasa terjamin.

“Kita cukup bertuah kerana Sarawak mempunyai seorang Ketua Menteri sentiasa mengambil berat masalah rakyat. Malah dana disalur Kerajaan Sarawak banyak membantu rakyat dan pembangunan kawasan ini,” katanya.

Katanya, beliau menggesa semua pihak agar terus menyokong Abang Joharti dan GPS menjaga kepentingan se- perti slogan Utamakan Sarawak GPS,” katanya pada majlis Ngiling Bidai Dewan Serbaguna SDNU di sini semalam.

Huang berazam untuk terus memperjuangkan komuniti Dayak di kawasannya bagi memastikan mereka tidak tertinggal dalam arus pembangunan.

Katanya, sokongan padu masyarakat Dayak terhadapnya menyuntik semangatnya untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik.

“Sudah pasti saya akan memberikan perhatian terhadap setiap masalah yang diluahkan oleh rakyat. Apa pun masalah mereka, kita tetap memberikan keutamaan walaupun ada sebahagiannya ter- paksa diselesaikan secara ber- peringkat-peringkat.

“Saya sekali lagi ingin berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak khusus Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kerana meluluskan beberapa projek berimpak tinggi di Sarikei dan Dun Repok khususnya. Ia termasuk projek pembinaan jalan dari Sungai Pasi Sarikei ke Jalan Sibu-Tanjung Manis,” katanya.

Suara Sarawak