ARTIKEL

KESEMUA warga Selangau yang hadir termasuk Ahli IKRAM Sibu, Rakan Hidayah, para mualaf serta keluarga.

Jamuan Aidilfitri perkukuh ukhuwah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PROGRAM Solat Sunat Aidilfitri dan Jamuan Aidilfitri Harmoni yang berlangsung di Surau Darul Nurliana di sini berjalan lancar pada hari pertama Syawal, baru-baru ini.

Program anjuran Rakan Hidayah Selangau dengan kerjasama IKRAM Kawasan Sibu itu berjaya menghimpunkan masyarakat setempat dalam suasana penuh kemeriahan dan keharmonian.

Seawal pagi, jemaah mula hadir untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri secara berjemaah.

Suasana surau dipenuhi kegembiraan dan keinsafan selepas umat Islam menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadan.

Khutbah Aidilfitri yang disampaikan turut menekankan kepentingan mengekalkan nilai kesabaran, keikhlasan dan perpaduan yang dipupuk sepanjang bulan tersebut.

Khutbah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Al Walid Junaidi dari Hikmah Sibu.

Selesai solat, program diteruskan dengan jamuan Aidilfitri yang disertai pelbagai lapisan masyarakat. Juadah tradisional seperti lemang, ketupat, rendang dan kuih-muih disediakan, sekali gus memeriahkan sambutan Hari Raya.

Majlis tersebut turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli kariah, saudara-mara dengan jiran tetangga. Kanak-kanak yang hadir juga kelihatan ceria apabila menerima duit raya.

Kehadiran tetamu dari kawasan sekitar turut menyerikan lagi suasana serta mengukuhkan hubungan dalam komuniti.

Pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Menurut mereka, komitmen dan kerjasama yang diberikan mencerminkan semangat perpaduan yang masih utuh dalam kalangan masyarakat.

Program seumpama itu diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai medium untuk memperkukuh ukhuwah dan menyemai nilai murni dalam komuniti.

JAMUAN selepas selesai solat sunat Hari Raya Aidilfitri.

BERITA LAIN

Larian pesisir pacu ekonomi setempat

PROGRAM Larian Pesisir (Coastal) Sadong Jaya 2026 yang diadakan baru-baru ini dilihat mempunyai keistimewaan tersendiri. Program itu bukan sahaja menjadi aktiviti riadah yang menggalakkan amalan

Sarawak menanti kehadiran MPL

SEDEKAD bukan tempoh yang singkat, apatah lagi bagi sebuah permainan mudah alih yang berjaya bertahan, berkembang dan membina komuniti peminat merentas generasi. Bagi saya, Mobile

BERITA TERBARU