ARTIKEL

Jangan abaikan sekolah pedalaman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUBOK ANTU: Kemudahan yang serba kekurangan di Sekolah Kebangsaan (SK) Basi, Engkelili mendapat perhatian Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Muyang apabila membantu membeli 20 almari untuk pelajar asrama sekolah pedalaman itu.

Malah, beliau juga memberikan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan untuk menjalankan aktiviti bersama guru dan pelajar.

“Saya yakin jika kerajaan penyediakan prasarana yang lebih baik, mereka (guru dan pelajar) pasti dapat mempertingkatkan kualiti pendidikan di sekolah ini.

“Kita lihat anak-anak di sekolah pedalaman dan daripada keluarga miskin berbakat, jikalau diberikan peluang ke sekolah berasrama penuh, sediakan segala fasiliti, infrastruktur yang baik dan guru kualiti, anak-anak ini akan jadi cemerlang,” katanya pada Majlis Pra Gawai SK Basi, semalam.

SK Basi merupakan sebuah sekolah yang sukar dihubungi dengan perlu melalui jalan ladang kelapa sawit.

Justeru, Jugah memuji warga pendidik di sekolah berkenaan yang terus komited mendidik anak-anak di situ.

“Pengorbanan ditunjukkan guru-guru terutama berkhidmat di sekolah pedalaman harus dipuji kerana mereka sedia berhadapan dengan cabaran untuk melihat anak-anak mendapat pendidikan,” katanya.

Majlis Pra Gawai SK Basi yang dihadiri kira-kira 300 tetamu berlangsung meriah, dengan pelbagai aktiviti seperti cabutan tiket bertuah, mencari dana PIBG dan sebagainya.

Jugah melakukan gimik perasmian Majlis Pra Gawai SK Basi, semalam

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.