ARTIKEL

Jangan bakar kebun anda!

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Orang ramai khususnya petani diminta tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka susulan musim kemarau serta cuaca panas kini melanda di Sarawak.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Khirudin Drahman berkata, sejumlah 32 kes laporan kebakaran terbuka melibatkan beberapa kawasan di seluruh negeri dilaporkan bermula 1 hingga 10 Ogos.

Justeru, beliau mengambil pendekatan awal dengan mengerahkan jabatan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan kebakaran berskala besar berlaku sepanjang musim panas.

“Kita sedia maklum bahawa kebanyakan petani mengambil kesempatan pada musim panas untuk melakukan aktiviti pembersihan kebun dengan melakukan kebakaran.

“Pendekatan mudah itu diambil susulan kosnya yang murah berbanding menyewa peralatan seperti mesin jentolak dan sebagainya,” jelasnya kelmarin.

Tambahnya, keperluan peralatan logistik sedia ada di setiap balai bomba diselenggarakan setiap masa dan tidak mempunyai masalah sekiranya berdepan situasi kebakaran hutan di Sarawak.

Khirudin bagaimanapun menasihati orang ramai untuk mendapatkan nasihat daripada balai bomba berdekatan mengenai kaedah pembakaran hutan lebih terkawal dan selamat dapat dilakukan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha