Pengguna media sosial diingatkan agar tidak membuat hantaran berunsur provokasi dan hasutan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, siasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan undang-undang lain boleh digunakan pihak berkuasa sekiranya didapati wajar.
“Keadaan keselamatan di kawasan Jepak adalah aman dan terkawal… cuma saya mahu nasihatkan pengguna media sosial agar menjadi pengguna yang baik dan tidak mengeluarkan atau menyebarkan perkara tidak betul,” katanya ketika ditemui pemberita di pusat penamaan calon bagi PRK itu di Dewan Suarah Bintulu, hari ini.



