ARTIKEL

Jangan ikut perangai dia! Lelaki lari selepas disahkan positif Covid-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang pesakit positif Covid-19 yang melarikan diri dari Hospital Miri kelmarin telah ditahan semula oleh pihak polis.
Ketua Polis Daerah ACP Hakemal Hawari ketika dihubungi mengesahkan penangkapan lelaki tempatan dari Batu Niah terbabit.
“Lelaki yang melarikan diri dari Hospital Miri kita tahan semula dan dibawa ke Hospital Miri bagi menjalani rawatan selepas disah positif Covid-19,” katanya sebentar tadi.
Hakemal Hawari berkata lelaki itu sebelum ini menjalani ujian calitan di sebuah klinik swasta dan disahkan positif sebelum dirujuk ke Hospital Miri.
“Pegawai perubatan mengarahkan lelaki ini menjalani rawatan di Hospital Miri, sementara menunggu, dia melarikan diri sekitar jam 3 petang Isnin,” jelasnya.
Tindakan pantas mencari segera pesakit berkenaan berhasil apabila dia ditahan semula di rumahnya di Batu Niah.
“Polis akan membuka kertas siasatan terhadap pesakit lelaki berkenaan sebaik sahaja dia selesai menjalani tempoh rawatan yang telah ditetapkan,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha