ARTIKEL

Jangan kongsi vape, ia boleh menyebabkan virus merebak dengan cepat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Individu yang menghisap rokok elektronik atau vape diingatkan supaya tidak berkongsi alatan itu kerana ia boleh menyebabkan cepat merebak.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dr Annuar Rapaee berkata, pengkongsian alatan itu sering menjadi kebiasaan para pengamal vape sebelum ini namun tabiat itu tidak lagi sesuai ketika pandemik Covid-19.

“Saya memohon agar mereka yang berkenaan menghentikan kebiasaan tersebut agar tidak dijangkiti virus.

“Saya difahamkan bahawa ada orang yang berkongsi peralatan vape. Oleh itu, saya menggesa para belia di Sibu untuk menghentikan perkongsian alat-alat ini kerana ini bukan waktunya untuk melakukannya.

“Jika tidak, anda akan mudah dijangkiti dengan perkongsian alat vape ini,” katanya sebentar tadi.

Sementara itu, beliau mengingatkan para belia yang menunggang motosikal di kampung-kampung di sini tentang betapa mudahnya penyakit ini merebak disebabkan sentuhan mereka yang dekat antara satu sama lain.

Dengan Zon Kampung Datu mencatat tujuh kes positif Covis-19 semalam jelas Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi itu, ia adalah isyarat yang jelas kepada belia mengenai perlunya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak dijangkiti.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan