ARTIKEL

Jangkitan kluster Pasai semakin bertambah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kluster Pasai menjangkiti 1,582 orang setakat ini setelah ia dikesan pada 9 Januari lalu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Menurutnya, sejumlah 16,550 individu telah disaring, dengan 13,680 adalah negatif dan 1,288 lagi masih menunggu keputusan makmal.
“Bagi kluster Rakut, Miri pula ia telah menjangkiti 94 orang termasuk penambahan 15 kes hari ini (semalam).
“Ia hasil saringan daripada 300 individu dengan 180 negatif dan 26 masih menunggu keputusan makmal,” katanya pada sidang media harian pandemik Covid-19 di sini semalam.
Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, kluster Bah Saya, Miri pula menjangkiti 96 orang setakat ini hasil saringan 810 individu dengan 714 daripadanya adalah negatif.
“Kluster Jelita,Miri menjangkiti 53 orang dengan 20 lagi masih menunggu keputusan makmal.
“Bagi empat lagi kluster iaitu Bukit Sekubong, Sebauh, Keranji Tabuan, Kuching, Stutong, Kuching dan Mador, Meradong tiada pertambahan kes hari ini (semalam,” ujarnya.
Justeru, Kluster Bukit Sekubong, Sebauh adalah sebanyak 30 kes, Kluster Keranji Tabuan, Kuching kekal 15 kes, Kluster Stutong, Kuching kekal 41 kes manakala Kluster Mador, Meradong kekal lapan kes.
Beliau memberitahu, terdapat lapan kluster Covid-19 yang masih aktif di Sarawak setakat ini.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha