ARTIKEL

JAS dan Pelabuhan Bintulu bekerjasama menjaga alam sekitar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Usaha memelihara dan memulihara alam sekitar di Sarawak terus diperkasakan dengan termeterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak dengan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB), hari ini.

Upacara menandatangani MOU yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini, disempurnakan oleh pemangku JAS Sarawak Amirul Aripin dan Ketua Pegawai Eksekutif BPHB Datuk Mohammad Medan Abdullah.

Menurut Amirul, persefahaman berkonsepkan kerjasama pintar ini memfokuskan kepada dua intipati utama iaitu melaksana dan mempromosikan aktiviti serta program kesedaran alam sekitar.

Pada masa sama ia juga untuk melaksanakan, menggalakkan dan meningkatkan penyertaan keahlian dalam program Rakan Alam Sekitar.

“Ia berfungsi sebagai suatu penyataan persefahaman dan hasrat untuk bekerjasama antara satu sama lain di mana pihak-pihak yang menandatangani MoU ini tidak terikat kepada apa-apa tanggungan atau liabiliti secara perundangan,” katanya ketika berucap.

Dengan termeterainya perjanjian antara JAS Sarawak dan BPHB, menjadikan jumlah keseluruhan 11 organisasi di Sarawak menandatangani MoU dengan JAS Sarawak.

Pelabuhan Bintulu merupakan  antara  pelabuhan  yang termoden dan pelabuhan yang serba guna di Asia Tenggara.

Dengan lokasinya yang strategik, ia menjadi pintu keluar masuk utama  di negara ini khususnya di Sarawak.

Dalam  kesibukan mengendali perniagaannya   yang beroperasi 24 jam sehari, BPHB juga merupakan syarikat yang menyokong penuh usaha   kerajaan   dalam   memelihara   keindahan   alam   sekitar   agar   ia   dapat dinikmati oleh masyarakat bukan hanya pada hari ini tetapi juga pada masa akan datang.

BPHB juga pernah mengadakan MoU dengan JAS Sarawak pada tahun 2013.

Amirul (dua kanan) dan Mohammad Medan (tiga kiri) bertukar MoU yang ditandatangani dalam upacara yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha