ARTIKEL

Susan (empat kanan) menyampaikan penghargaan kepada seorang warga KEMAS Lubuk Antu.

Jasa kakitangan bersara KEMAS Lubuk Antu dirai pada Majlis Sekalung Budi Seindah Kenangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Seramai 120 orang yang terdiri daripada warga Taska dan Tabika KEMAS Lubuk Antu telah menghadiri Majlis Sekalung Budi Seindah Kenangan di sebuah restoran terkemuka di sini.

Majlis tersebut diadakan bagi mengenang budi kakitangan KEMAS Lubuk Antu yang bersara pada tahun ini.

Susan (tengah) melihat hasil seni daripada pelajar dan turut mendengar penerangan daripada pihak penganjur.

Selain itu juga, majlis ini turut diadakan sempena tamat program Bengkel Peningkatan Professionalisme Pendidikan Masyarakat Tabika/Taska dan Pembantu Pendidik Masyarakat Sukarela.

Program berkenaan dihadiri Senator Susan Chemerai selaku tetamu kehormat majlis itu.

Susan, yang merupakan Setiausaha Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak, telah memberikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada kelab berkenaan.

“Melalui peruntukkan ini, ianya dapat dan boleh digunakan untuk menganjurkan pelbagai rancangan pendidikan awal kanak-kanak.

“Pada masa sama, ia juga dapat membantu meningkatkan pendidikan masyarakat Taska dan Tabika KEMAS,” ujarnya.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah