ARTIKEL

Jasad pelajar perempuan mangsa tikam dituntut keluarga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PETALING JAYA: Jasad pelajar perempuan yang maut akibat ditikam di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya semalam telah dituntut oleh keluarganya pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shamsudin Mamat, berkata mayat pelajar berusia 16 tahun itu dituntut pada 7.30 pagi selepas proses bedah siasat selesai dilakukan di Jabatan Patologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) malam tadi.

“Ya, jasad telah dituntut keluarga mangsa pada 7.30 pagi tadi. Perkembangan lanjut akan dikongsikan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Sazeli Kahar, dalam sidang media pada 11.30 pagi ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Mahkamah Petaling Jaya mendapati suspek, iaitu pelajar lelaki berusia 14 tahun, tiba di pekarangan mahkamah pada 8.40 pagi menaiki kereta peronda polis.

Difahamkan proses permohonan reman telah selesai dan maklumat lanjut akan diberikan semasa sidang media nanti.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi semalam, seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut disyaki ditikam seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di sini.

Menurut laporan, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dalam kawasan sekolah dan suspek merupakan pelajar sekolah yang sama. — BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha