ARTIKEL

Datuk Sebastian Ting Yew Chew (tengah) menyampaikan tanda penghargaan kepada Timbalan Residen Bahagian Kuching, Bujang Rahman Seli (kanan).

Jawatankuasa Penyelarasan Pelancongan Sarawak sasar lima juta pengunjung pada 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jawatankuasa Penyelarasan Pelancongan Sarawak (STCC) memuktamadkan mesyuarat terakhir 2024 hari ini, yang memfokuskan kepada perancangan strategik untuk mencapai sasaran lima juta pengunjung pada 2025.

Mesyuarat itu, yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Yew Chew, melahirkan rasa puas hati dengan kemajuan pada 2024.

Ia yakin dapat mencapai sasaran berkenaan dengan memberi tumpuan kepada produk tempatan, makanan dan perancangan strategik untuk meningkatkan sektor pelancongan Sarawak .

Datuk Sebastian Ting Yew Chew (duduk tengah) merakam gambar beersama peserta mesyuarat.

“Kami mengadakan perbincangan yang sangat baik hari ini kerana kami juga mendapat input daripada Setiausaha Agung Kehormat Persekutuan Pelancongan Sarawak (STF), Chua Jun Chuan, yang membentangkan kajian mereka, apa yang mereka bandingkan di antara Sabah dengan Sarawak.

“Dan kajian itu bagus dan kami berharap untuk menerima salinan laporan itu, yang memperincikan kekuatan dan cadangan Sabah dan Sarawak untuk tindakan masa depan.

“Kami juga mendengar daripada beberapa profesor yang merancang untuk bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan, serta dengan penduduk dan pegawai bahagian, untuk mempromosikan dan menjalankan penyelidikan di kawasan tempatan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pelancongan Negeri Sarawak (JPPNS) di sebuah hotel di sini, hari ini.

Selain itu, Yew Chew berkata Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) sedang berusaha untuk mencapai sasaran mereka.

“Terdapat banyak cadangan dikemukakan, dan sementara kami menyerahkan pelaksanaan kepada pihak berkaitan, kami akan terus meneruskan urusan seperti biasa.

“Ia adalah penting untuk kita melakukan lebih daripada apa yang telah dilakukan pada masa lalu,” katanya.

Melihat ke masa hadapan, Yew Chew berkata persiapan sudah dijalankan untuk Tahun Pelancongan Malaysia pada 2026.

“Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Persekutuan juga sangat bersemangat dan komited untuk menjayakan 2026.

“Kita semua bersatu untuk memastikan 2025 dan 2026 akan menjadi mercu tandabagi pelancongan di Malaysia,” katanya.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah