ARTIKEL

JBPS sasar 150 peserta ikuti program kesedaran awam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KABONG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak (JBPS) menyasarkan 150 peserta melibatkan diri dalam program Majlis Keselamatan Aktiviti Air (MKAA) dan Program Urus Isu Rumah (SURI) yang bakal dijalankan pada penghujung bulan Mei ini.

Aktiviti tersebut merupakan perancangan awal hasil kunjungan hormat yang diketuai oleh Ketua Zon 3 JBPN Sarawak PgB Ramlan Marajan ke Pusat Khidmat DUN N40 pada Jumaat lalu.

Menurut Ramlan, kunjungan itu dilakukan bagi membicarakan cadangan penubuhan program kesedaran awam serta penubuhan Pasukan Bomba Sukarela khususnya di kawasan Kabong.

Dedahnya, program itu dibincangkan untuk menerapkan ilmu kebombaan sekali gus sebagai langkah didikan kawalan dan pencegahan kebakaran kepada masyarakat awam.

“Program SURI antara inisiatif penting dalam mendidik golongan suri rumah tangga berkenaan keselamatan kebakaran di dapur kerana mengikut statistik kebakaran biasanya bermula dari kawasan dapur.

“Manakala MKKA pula akan memberi fokus kepada komuniti nelayan, serta memberi pendedahan berkaitan isu keselamatan, lesen, persempadanan dan risiko kejadian lemas,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha