ARTIKEL

Kredit: FB - Johor Southern Tigers

JDT lebarkan sayap, ceburi sukan permotoran bersama Hafizh Syahrin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim (JDT) terus melebarkan sayap dengan menceburi sukan permotoran bersama pelumba motosikal negara Hafizh Syahrin Abdullah bermula tahun depan.

Menurut hantaran di Facebook Johor Southern Tigers, JDT Racing Team akan mula beraksi di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) pada musim 2024.

“JDT Racing Team akan mula beraksi di ARRC dengan hasrat untuk bersaing dalam Kejuaraan Superbike Dunia (Superbike World Championship) (WSBK),” menurut hantaran itu.

Selain bola sepak, JDT turut menceburi sukan lain seperti futsal, polo, tinju dan hoki ais.

“Usaha terbaharu ini disasarkan akan mengembangkan lagi jenama JDT kepada khalayak global dan membuka pintu kepada lebih banyak kerjasama dengan syarikat-syarikat antarabangsa,” menurut JDT. 

Pelumba berusia 29 tahun berasal dari Kuala Lumpur itu merupakan pelumba Malaysia pertama bersaing dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada 2018. – BERNAMA

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU