ARTIKEL

A woman holds a malnourished child at the nutrition unit of the K'elafo Health Center, in the town of K'elafo, Ethiopia, on January 12, 2023. The last five rainy seasons since the end of 2020 have failed, triggering the worst drought in four decades in Ethiopia, Somalia and Kenya. And the next rainy season, from March to May, is also expected to be below average. According to the UN, drought has plunged 12 million people into "acute food insecurity" in Ethiopia alone, where a deadly conflict has also ravaged the north of the country. (Photo by EDUARDO SOTERAS / AFP)

Jejaskan 12 juta kanak-kanak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NAIROBI: Lebih 12 juta kanak-kanak di Kenya terjejas akibat fenomena dan tekanan yang berlaku akibat perubahan iklim yang tidak dijangka atau ‘kejutan iklim, lapor Xinhua.

Kementerian Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Perhutanan berkata, daripada jumlah itu, 2.4 juta daripada kanak-kanak itu tinggal di kawasan gersang dan separa gersang.

“Kelangsungan hidup kanak-kanak ini terancam akibat kesan perubahan iklim,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Beberapa kesan buruk teruk perubahan iklim yang menjejaskan kanak-kanak itu termasuk penyakit seperti kolera disebabkan banjir dan kekurangan zat makanan akibat kemarau.

Kemarau dan banjir yang merupakan kejadian biasa di Kenya sejak beberapa tahun kebelakangan ini juga menyebabkan penduduk terpaksa berpindah.

“Keadaan yang teruk yang dialami setiap lapisan masyarakat ini memerlukan campur tangan segera bagi menjamin masa depan kanak-kanak di Kenya,” menurut kementerian itu.

Pihak Berkuasa Pengurusan Kemarau Kebangsaan berkata, sekitar sejuta kanakkanak mengalami kekurangan zat makanan akibat kemarau kerap, terutama di kawasan gersang dan separa gersang.

Kenya adalah antara negara di Afrika yang paling teruk dilanda perubahan iklim, selain Somalia dan Ethiopia. – Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan