ARTIKEL

Jenama berita paling dipercayai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Menempatkan TVS di mata dunia dan menjadi jenama berita paling dipercayai merupakan harapan terbesar bagi penyunting berita Bahasa Inggeris TVS Daryll Law.

Menurutnya, beliau mahu menghasilkan kandungan setaraf platform berita terkenal seperti Business Insider dan South China Morning Post yang dapat menjadi segmen kegemaran penonton dengan paparan maklumat serta fakta yang dipercayai.

“Pada masa ini, kami baharu bermula dan untuk sampai ke tahap tersebut memerlukan usaha, tekad serta cita-cita tinggi bagi memastikan ia dapat dicapai dan bukan hanya cakap kosong.

“Aspirasi saya adalah untuk melibatkan lebih banyak orang dalam industri kreatif dan berita seperti penyiaran, kewartawanan, dan lain-lain di TVS untuk menyumbang lebih banyak idea segar dan baharu,” katanya kepada Suara Sarawak di sini, malam kelmarin.

Pemuda keturunan Cina dan Kadazan berusia 28 tahun itu berharap TVS menjadi platform untuk graduan pengajian komunikasi mengembangkan kerjaya dengan memperlihatkan keistimewaan yang ada di Sarawak.

Bercerita mengenai pengalamannya, Daryll mula terlibat dalam bidang kewartawanan Sarawak pada 2012 sebagai pemberita di New Sarawak Tribune dan Borneo Post pada 2016 sebelum menyertai TVS pada Ogos lalu.

“Sebelum ini saya tidak mempunyai pengalaman dalam bidang penyiaran, namun saya anggap kerjaya baharu ini sebagai cabaran menarik dan pengalaman yang baik kerana proses pembelajaran merupakan perjalanan yang tidak pernah habis.

“Malah saya bersyukur kerana mempunyai pasukan yang sangat komited dan berdisiplin walaupun jumlah kami agak sedikit dan kekurangan tenaga kerja,” ujarnya.

Tambahnya, setiap hari terdapat tiga segmen berita bahasa Inggeris di TVS iaitu berita dunia pada jam 1 tengah hari, berita tempatan Sarawak jam 5 petang dan kedua-duanya bersiaran selama 15 minit, manakala berita tengah malam bersiaran pada jam 11.30 malam selama setengah jam.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha