KUCHING: Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) terus dipergiat untuk memberikan capaian Internet lebih baik di kawasan berpenduduk di negeri ini.
Menurut kenyataan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam Facebook hari ini memaklumkan penduduk di Kampung Nyalau, Bintulu, kini boleh menikmati liputan Internet yang lebih baik,
Ini sekali gus memudahkan urusan harian komuniti setempat.
MCMC terus komited dalam memperluaskan liputan dan mengukuhkan kualiti pengalaman jalur lebar kepada pengguna di negara ini
Sudah tentu melalui pelan JENDELA yang lebih lancar dan lebih baik.





