ARTIKEL

SIMBOLIK… Peralihan kepimpinan apabila Brigedier Jeneral Khairuddin Zakaria (kiri) dan Brigedier Jeneral Zulkinine Yunus menandatangani dokumen Serah Terima Tugas Panglima 3 Briged, disaksikan Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Mohd Sobirin Mohd Yusof, di Kem Penrissen, Kuching, hari ini.

Jeneral Zulkinine terajui 3 Briged ke-42

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Berbekalkan pengalaman 36 tahun dalam Tentera Darat Malaysia, Brigedier Jeneral Zulkinine Yunus kini diberi amanah menerajui Briged Ketiga Infantri Malaysia (3 Briged) sebagai Panglima ke-42.

Zulkinine, 54, mengambil alih kepimpinan 3 Briged daripada Brigedier Jeneral Khairuddin Zakaria dalam Majlis Serah Terima Tugas Panglima 3 Briged di Dewan Makan Kem 3 Briged, Kem Penrissen, di sini, hari ini.

Majlis itu disaksikan Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Mohd Sobirin Mohd Yusof, selain menyaksikan penyerahan Tongkat Kuasa dan Nota Serah Menyerah sebagai simbolik peralihan kepimpinan.

Khairuddin, yang merupakan Panglima 3 Briged ke-41, menyerahkan amanah kepimpinan kepada Zulkinine dalam majlis berkenaan yang menandakan peralihan tanggungjawab menerajui pasukan itu.

Seramai 17 pegawai dan 278 anggota Lain-Lain Pangkat terlibat dalam perbarisan sempena majlis berkenaan yang diketuai Pegawai Memerintah Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja (10 RRD), Leftenan Kolonel Mohd Nasiruddin Ismail.

Anak jati Mersing, Johor itu memulakan kerjaya dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 17 Ogos 1990 sebelum menimba pengalaman selama 36 tahun dalam perkhidmatan Tentera Darat Malaysia.

Pengalaman luas sepanjang tempoh perkhidmatan itu menjadi antara latar belakang Zulkinine sebelum diberi kepercayaan menerajui 3 Briged sebagai Panglima ke-42.

Dengan pelantikan itu, Zulkinine kini menggalas tanggungjawab memastikan kesiapsiagaan dan keupayaan 3 Briged yang berpangkalan di Sarawak sentiasa berada pada tahap terbaik.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha