ARTIKEL

Gambar hiasan. |Freepik.com

Jepun Catat Suhu Tertinggi Pernah Direkodkan 41.8 Darjah Celsius Di Wilayah Gunma

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TOKYO: Jepun mencatat suhu tertinggi pernah direkodkan iaitu 41.8 darjah Celsius di bandar Isesaki, Wilayah Gunma pada Selasa ketika gelombang haba terus melanda sebahagian besar negara itu, lapor agensi berita Kyodo yang memetik Agensi Meteorologi Jepun.


Rekod baharu itu mengatasi suhu tertinggi sebelumnya iaitu 41.2 darjah Celsius yang dicatatkan hanya beberapa hari lalu di Tamba, Wilayah Hyogo, dan pada awal Selasa di Kiryu, yang turut terletak di Gunma.


Agensi berkenaan pada awalnya melaporkan bacaan 41.6 darjah Celsius di Isesaki sebelum mengemas kininya kepada 41.8 darjah Celsius.
Pihak berkuasa menggesa orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga terhadap penyakit berkaitan haba, termasuk minum air secukupnya dan menggunakan penyaman udara dengan sewajarnya.


Keadaan panas melampau itu dikaitkan dengan aliran udara panas menuju ke sistem tekanan rendah berhampiran Hokkaido serta kesan angin Foehn di rantau Kanto, yang merangkumi Tokyo dan wilayah sekitarnya.


Suhu melebihi 40 darjah Celsius direkodkan di kira-kira 10 lokasi di Kanto — jumlah tertinggi pernah dicatatkan, manakala amaran strok haba dikeluarkan di 44 daripada 47 wilayah di Jepun, jumlah tertinggi sejak sistem amaran itu diperkenalkan pada 2021. — BERNAMA-KYODO

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU