ARTIKEL

Jepun Keluar Amaran Tsunami Selepas gempa Bumi Magnitud 8.7 Landa Rusia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TOKYO: Agensi Meteorologi Jepun pada Rabu mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan  pesisir pantai Pasifik negara itu susulan gempa bumi bermagnitud 8.7 yang melanda perairan berhampiran Semenanjung Kamchatka, Rusia, lapor Agensi Berita Kyodo.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa itu berlaku 126 kilometer (km) ke timur-tenggara Petropavlovsk-Kamchatsky pada kedalaman 18.2 km.

Setakat ini, masih belum diketahui sama ada terdapat kerosakan atau kecederaan di wilayah timur jauh Rusia.

Agensi kaji cuaca Jepun itu berkata tsunami setinggi sehingga tiga meter berkemungkinan melanda pantai di Hokkaido, utara Jepun dan Kepulauan Ogasawara di selatan negara itu.

Agensi itu turut memaklumkan gegaran pada tahap dua skala intensiti seismik Jepun (maksimum tujuh) turut direkodkan di Hokkaido. — BERNAMA-KYODO

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)