ARTIKEL

Jepun kuarantin 3,700 orang di kapal pesiaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TOKYO: Jepun mengkuarantin kapal pesiaran membawa 3,711 orang dan menjalankan ujian bagi jangkitan koronavirus terhadap mereka pada Selasa selepas seorang bekas penumpang didiagnosis dengan penyakit di Hong Kong.

Lapan orang di atas kapal itu yang tiba di Teluk Yokohama pada Isnin, mempunyai gejala seperti demam, kata jurucakap tertinggi kerajaan Yoshihide Suga.

Rakaman televisyen menunjukkan imej beberapa pegawai kuarantin memasuki kapal pesiaran Diamond Princess di pelabuhan Yokohama pada petang Isnin untuk memeriksa kesihatan semua 2,666 penumpang dan 1,045 anak kapal.

Langkah itu diambil selepas seorang penumpang berusia 80 tahun yang turun dari kapal di Hong Kong pada 25 Januari diuji positif virus maut itu, yang membunuh 425 orang di China. Lelaki itu “tidak melawat pusat perubatan di dalam kapal semasa dia berlayar bersama kami,” kata pengendali pelayaran Carnival Japan dalam kenyataan.

“Menurut hospital di tempat dia tinggal, keadaannya stabil dan jangkitan tidak ditemui dalam kalangan anggota keluarganya yang berlayar dengannya,” kata kenyataan itu.

Seorang wanita berusia lingkungan dua puluhan yang belayar bersama ibunya memberitahu penyiar swasta TBS pada Selasa semua penumpang “diminta tinggal di bilik masing-masing menunggu ujian virus”.

Katanya, mereka menunggu di bilik sejak Isnin dan sehingga awal Selasa tiada pemberitahuan tentang bila mereka diuji.

Selepas kapal itu tiba di Yokohama pada petang Isnin, para penumpang diberitahu yang jadual berlepas mereka dari kawasan itu ditangguh 24 jam, kata penumpang kepada agensi berita Kyodo News.

Terdahulu, kapal pesiaran itu dikuarantin pada Sabtu di pelabuhan di Naha, di Okinawa, wilayah paling selatan Jepun.

Tetapi kuarantin kedua diatur selepas lelaki yang turun di Hong Kong didapati telah dijangkiti. Sejak Sabtu, Jepun menghalang kemasukan warga asing yang pergi ke Hubei beberapa minggu kebelakangan ini, serta pemegang pasport China yang dikeluarkan di Hubei. Seramai lapan warga asing dihalang memasuki Jepun setakat ini, kata Suga pada Isnin. – AFP

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU