ARTIKEL

Jepun pergiat usaha menyelamat mangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TOKYO: Berpuluh-puluh ribu pekerja penyelamat meneruskan usaha mencari mangsa yang terselamat semalam, iaitu dua hari selepas Taufan Hagibis membadai Jepun.

Setakat ini angka korban meningkat sekurang-kurangnya 47 jiwa.

Hagibis membadai negara itu pada malam Sabtu lalu, namun ia membawa hujan lebat berterusan sebelum mengakibatkan tanah runtuh dan air sungai utama melimpah.

Lebih 110,000 penyelamat, termasuk 31,000 tentera, bertungkus-lumus sepanjang malam sehingga keesokan harinya mencari orang yang terperangkap dalam bencana itu.

Media tempatan mengatakan 47 orang terkorban, dengan agensi berita Kyodo melaporkan hampir 215 orang hilang. Taufan Hagibis merupakan antara taufan yang terkuat pernah membadai Tokyo dalam tempoh beberapa dekad.

Ia membawa angin dengan kelajuan sehingga 216 kilometer sejam. Kebanyakan kerosakan berpunca daripada hujan lebat dengan limpahan air di 21 batang sungai.

Kemusnahan itu memaksa beberapa perlawanan Piala Dunia Ragbi di Jepun dibatalkan. Sejumlah helikopter tentera dan bomba dikerahkan mengambil mangsa dari atas bumbung dan balkoni di beberapa lokasi.

Malangnya, kemalangan tragis berlaku di Fukushima apabila seorang wanita maut terjatuh ketika cuba diselamatkan. Di kawasan lain, penyelamat menggunakan bot untuk menyelamatkan ratusan orang yang terperangkap di rumah penjagaan warga emas yang ditenggelami banjir di Kawagoe, barat laut Tokyo.

Usaha menyelamat diteruskan dengan kira-kira 57,500 penduduk terputus bekalan elektrik dan 120,000 orang lagi mengalami gangguan bekalan air.

Televisyen tempatan menunjukkan tentera menaiki bot penyelamat getah di Fukushima, sementara di tempat lain pekerja bertungkus-lumus membersihkan lumpur.

Bencana akibat Taufan Hagibis menyebabkan ribuan orang ditempatkan di pusat perlindungan sementara. Kebanyakan perkhidmatan kereta api bawah tanah dan kereta api laju serta penerbangan beroperasi semula pada Isnin.-AFP

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai