ARTIKEL

Shikata bersalaman dengan Abang Johari semasa kunjungan hormat di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya hari ini. | Gambar UKAS

Jepun pilih Sarawak destinasi strategik pelaburan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jepun meletakkan Sarawak sebagai antara lokasi penting bagi komuniti perniagaannya untuk melabur, yang secara tidak langsung terus memperkukuh hubungan antara kedua-dua wilayah.

Duta Jepun ke Malaysia, Shikata Noriyuki berkata ia khususnya dalam sektor pendidikan inklusif, ekonomi hijau, pembangunan modal insan, termasuk sektor tenaga boleh diperbaharui seperti hidro dan biomas, selain pemindahan teknologi Jepun ke negeri ini.

“Saya percaya mesej galakan daripada Premier Sarawak kepada komuniti perniagaan Jepun untuk melabur di sini akan terus memperkukuh hubungan antara Jepun dan Sarawak,” katanya ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya hari ini.

Shikata (baris depan, tujuh kanan) bersama-sama delegasinya merakamkan gambar dengan Abang Johari (tengah) semasa kunjungan hormat di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya hari ini. Turut kelihatan Fatimah (baris depan, tujuh kiri) serta yang lain. | Gambar UKAS

Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Rosey Yunus, Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Malaysia Dato Fenny Nuli serta pengasas bersama yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Toy Eight, Shun Matsuzaka.

Shikata menambah, pelaburan Jepun juga dijangka memberi penekanan kepada pembangunan modal insan melalui latihan industri, sokongan kepada institusi pengajian tinggi serta penggunaan teknologi baharu dalam pendidikan.

Selain itu, beliau berkata pendekatan baharu dalam pendidikan awal kanak-kanak juga diketengahkan, termasuk penggunaan teknologi dan permainan video sebagai medium pembelajaran.

Menurutnya, penyelesaian oleh ToyEight yang memanfaatkan platform seperti Nintendo dilihat mampu membantu intervensi masalah pembelajaran awal kanak-kanak selain turut dapat melahirkan generasi masa depan yang lebih bersedia menghadapi keperluan industri baharu.

“Oleh itu, kami berharap dapat melihat kerjasama yang lebih erat dalam melabur bagi melahirkan generasi baharu di Sarawak,” katanya.

Semalam, satu Memorandum Perjanjian (MoA) telah dimeterai antara SeDidik Sdn Bhd bersama ToyBox Creations and Technologies Sdn Bhd (ToyEight Holdings Inc.) bagi melaksanakan program saringan perkembangan dan intervensi menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Inisiatif tersebut bertujuan memperluas akses penilaian awal kepada kanak-kanak prasekolah, khususnya yang tidak berpeluang mendapatkan perkhidmatan intervensi awal di Pusat Sehenti Intervensi Awal (OSEIC) Sarawak.

BERITA LAIN

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat