ARTIKEL

IPU… Keadaan IPU di Sarawak setakat 8 pagi tadi.

Jerebu Sarawak: Lundu Rekod Tahap Sangat Tidak Sihat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lundu merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (API) tertinggi di Sarawak dengan 223, sekali gus berada pada tahap sangat tidak sihat setakat 8 pagi ini.

Berdasarkan data Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, Serian (MCAQM) merekodkan bacaan kedua tertinggi iaitu 218, diikuti Kanowit (216), Kuching (195) dan Tebedu (194), masing-masing pada tahap tidak sihat.

Beberapa kawasan lain turut merekodkan bacaan API pada tahap tidak sihat, iaitu Lubok Antu (191), Samarahan (188), Belaga (171), Betong (MCAQM) (170), Bintulu (170), Sri Aman (168), Samalaju (163), Sarikei (158), Sibu (158) dan Mukah (151).

Miri pula merekodkan bacaan 114, yang turut berada pada tahap tidak sihat.

Sementara itu, beberapa kawasan merekodkan bacaan pada tahap sederhana, termasuk Kapit (100), ILP Miri (95), Limbang (90), Lawas (84) dan Bario (64).

Tiada kawasan merekodkan bacaan API pada tahap baik setakat 8 pagi ini.

Menurut NREB, API dikira berdasarkan purata bergerak 24 jam bagi parameter pencemar dominan, manakala MCAQM merujuk kepada Stesen Pemantauan Kualiti Udara Bergerak Berterusan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka