ARTIKEL

Tangkap layar X @PTI_News

Jerebu tebal lumpuhkan ratusan penerbangan di New Delhi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW DELHI: Beratus-ratus penerbangan dibatalkan atau ditunda pada Isnin apabila jerebu tebal menyelubungi ibu negara India dan kawasan sekitarnya, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.

Akhbar tempatan The New Indian Express melaporkan, akibat penglihatan yang terhad, syarikat penerbangan Indigo mengumumkan pembatalan 109 penerbangan, manakala Air India membatalkan 37 penerbangan. Air India Express pula mengumumkan 20 penerbangan terjejas di seluruh rangkaiannya di India Utara.

Sementara itu, akhbar Hindustan Times melaporkan 400 penerbangan tertunda kerana jarak penglihatan yang rendah akibat lapisan jerebu yang tebal menutupi kawasan ibu negara.

Purata Indeks Kualiti Udara (AQI) Delhi pula mencatatkan 498, berada di hujung kategori serius.

Kerajaan Delhi menggesa penduduk, terutamanya kanak-kanak dan mereka yang mempunyai masalah pernafasan atau jantung, agar kekal di dalam rumah dan memakai pelitup muka jika keluar.

Aktiviti perindustrian dan trafik adalah penyumbang utama pencemaran udara di bandar itu, selain pembinaan yang pesat. Pencemaran udara dijangka terus meruncing pada musim sejuk.–BERNAMA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU