ARTIKEL

Jeremy dan Genevie memenangi perlawanan.

Jeremy, Genevie layak ke suku akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Beregu Campuran Jeremy Juan Zhen Liang dan Genevie Lim Tsin Yeen, layak ke suku akhir selepas menewaskan pasangan Melaka Lee Yen Wei dan Sharini Shahidi, sebentar tadi.

Beregu tuan rumah, berada dalam senarai ketiga untuk beregu campuran, ketinggalan 1 mata ketika menentang Melaka, 11-10.

Namun Jeremy dan Genevie berjaya mengejar lawan mereka dan memenangi set pertama dengan punggutan 21-17 mata.

Pada set kedua, Sarawak tidak memberi peluang kepada gandingan Melaka untuk
bangkit semula dengan mendahului 6 mata selang waktu dengan skor 11-5.

Mereka terus mendahului, memenangi set kedua dengan mata 21-11, mengesahkan kemaraan mereka ke suku akhir.

Pasangan ini akan menentang pemain Selangor Lee Yu Shan dan Mohammad Adam Shaz Mohd Shazlan esok.

BERITA LAIN

SUKMA XXII 2026: Mia berjaya raih emas

SELANGOR: Emylia Lynn Ghazali Zulfikar berjaya menghadiahkan pingat emas buat Kontinjen Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII 2026. Bintang Muay Thai yang terkenal dengan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha