ARTIKEL

Judika 'Baik-Baik Saja' berinteraksi dengan penonton.

Jessi, Judika pukau lebih 20,000 pengunjung Festival Muzik Borneo Sonic

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persembahan penyanyi dan penulis lagu Korea-Amerika, Jessi, pada Festival Muzik Borneo Sonic (BSMF) malam tadi, memukau lebih 20,000 pengunjung yang memeriahkan hari terakhir pesta itu.

Dianjurkan di Stadium Sarawak di sini, festival itu menampilkan Jessi sebagai salah satu sorotan utama untuk menutup persembahan dengan tujuh lagu ‘hits’ seperti ‘What Type of X’ , ‘Gucci’ , ‘Smoke’ , ‘Cold Blooded’ , ‘Gum’ , ‘Zoom’ dan ‘Nunu Nana’ .

P1-P4: Antara artis yang membuat persembahan memukau pada BSMF.

Jessi, atau nama sebenar Jessica Ho, juga menyatakan dia tidak menyangka bahawa dia memiliki ramai peminat di Kuching khasnya dan Malaysia amnya.

“Saya akan kembali dan mengadakan konsert di Malaysia,” laung Jessi ketika berinteraksi dengan pengunjung di festival muzik itu.

Sementara itu, penyanyi terkenal Indonesia, Judika, turut memberi bayangan akan kembali ke pentas BSMF pada tahun hadapan.

Katanya, sambutan meriah peminat ketika dia membuat persembahan telah mendorongnya untuk memasang niat kembali menyantuni peminat dengan lagunya.

Judika telah menyajikan pengunjung BSMF dengan beberapa lagu pilihan, antaranya ‘Bukan Rayuan Gombal’ , ‘Sampai Kau Jadi Milikku’ , ‘Tak Mungkin Bersama’ , ‘Mapala’ dan lain-lain.

Judika juga tidak ketinggalan untuk menyanyikan lagu popularnya ‘Baik-baik Saja’ .

Festival ini juga menampilkan pelbagai penghibur, termasuk Zed-X, Jess Lee, DJ Slumberjack, Natalie La Rose, DOLLA, DJ Blink, Yuna, dan Jessi yang menutup tirai BSMF 2024 dengan lagu hitnya berjudul ‘Nunu Nana’ .

BSMF merupakan festival muzik yang menjemput pelbagai barisan artis tempatan dan antarabangsa.

Pada tahun ini, festival itu diadakan selama dua hari pada 11 dan 12 Oktober.

Pada hari pertama, festival itu menerima kehadiran kira-kira 10,000 pengunjung.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha