KUCHING: Kemudahan awam memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat untuk kegunaan bersama, sekali gus memberi manfaat kepada komuniti setempat secara menyeluruh dan berterusan.

“Penduduk kampung akan berasa sangat bersyukur sekiranya jeti itu dibaik pulih kerana kemudahan itu akan memberi manfaat kepada semua. Bukan sahaja untuk penduduk di kawasan Telaga Air, tetapi juga untuk mereka yang berada di seberang sungai ini.

“Jeti ini sering digunakan sebagai laluan untuk pelajar pergi ke sekolah. Jika pontun ini dapat dibaiki segera, akan memudahkan urusan pergerakan ulang-alik ke sana.

“Antara cabaran yang kita hadapi termasuk halangan untuk membawa pelancong bersiar-siar menggunakan bot. Semoga kerja pembaikan dapat dilaksanakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi.

“Jeti ini penting sebagai laluan pelajar menuju ke sekolah kerana lebih rendah dan selamat. Dengan pembaikan semula yang dilakukan akan memudahkan urusan penduduk di sini.
Jeti Pontun Esplanade Telaga Air yang tenggelam pada tahun lepas telah menimbulkan kebimbangan penduduk kerana menjejaskan aktiviti harian mereka.
Terdahulu, Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Nancy Shukri juga telah meminta agar kerja baik pulih jeti berkenaan dilakukan bagi memudahkan pergerakan penduduk setempat.
Sehubungan itu, Suara Sarawak menemu bual penduduk setempat untuk berkongsi pandangan mengenai isu tersebut.



