ARTIKEL

Gambar hiasan

JHEAIK tahan 21 individu dipercayai pengikut Syiah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ALOR SETAR: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) menahan 21 individu termasuk enam kanak-kanak yang dipercayai pengikut Syiah pada Selasa lepas. 

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JHEAIK Syeikh Zainul Mukhtar Abdullah Sirajudiin berkata pihaknya menerima maklumat bahawa pengikut-pengikut Syiah akan berkumpul bagi memperingati Maulid Imam Syiah ke-11, Imam Hasan Al-Askari di sebuah rumah didakwa sebagai ketua Syiah negeri ini di Pendang.

“Sehubungan itu, JHEAIK bersama polis telah melaksanakan Operasi Khas Syiah pada 9.50 malam Selasa. Setelah pemeriksaan dilakukan, pegawai penguat kuasa menahan enam lelaki, sembilan wanita dan enam kanak-kanak berusia antara 3 hingga 77 tahun di lokasi itu.

“Turut dirampas kitab-kitab serta barangan yang dikaitkan dengan ajaran berkenaan. Kesemua mereka dibawa ke Pejabat Agama Daerah Pendang untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua yang ditahan itu disiasat di bawah Seksyen 9 dan 12 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 kerana menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama serta penerbitan agama yang bertentangan dengan hukum syarak.

Pada 15 Jun 2014, ajaran dan fahaman Syiah telah diwartakan bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi teras pegangan masyarakat Islam, khususnya di Kedah. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu