ARTIKEL

Jijik, pengotor dan tiada disiplin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Kaunselor Clarence Ting Ing Horh menyelar sikap penduduk Sibu yang suka membuang sampah ke dalam longkang.

Katanya, sikap sedemikian mencerminkan budaya tidak sihat serta tidak mempunyai tahap kesedaran tinggi tentang kebersihan.

“Saya dimaklumkan oleh orang ramai bahawa sampah membanjiri Pintu Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di sebelah Pasar Sentral Sibu.

“Keadaan ini amat menyedihkan dan sangat mengecewakan MPS. “Pintu banjir tersebut merupakan salah satu Projek Tebatan Banjir Sibu yang merangkumi Jalan Hua Kiew hingga ke Jalan Kapor,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Beliau memberitahu, sampahsarap yang memasuki pintu banjir tersebut akan menyebabkan laluan air tersumbat, sekali gus menyukarkan kerja-kerja mengepam air apabila air pasang.

Katanya lagi, air pasang dari Sungai Rajang dapat dipam keluar daripada melimpah masuk ke kawasan penempatan sekiranya air pasang besar bagi mengelakkan banjir.

“Saya menggesa penduduk di Jalan Hua Kiew hingga ke Jalan Kapor yang merangkumi penduduk Jalan Huo Ping, Jalan Foochow, Jalan Tiong Hua untuk menghentikan sikap buruk mereka itu. “Sampah yang dibuang

akan dibawa arus terus ke pintu banjir ini yang menyebabkan semuanya terkumpul di situ “Sikap ini boleh menyebabkan banjir kerana sampah yang menyekat pergerakan pam air di pintu banjir itu,” tegasnya lagi.

Ting berkata, pihaknya memandang serius sikap suka membuang sampah ke dalam longkang ini. Beliau memberitahu, keadaan sampah yang terkumpul juga menyakitkan pemandangan mata.

Pintu banjir yang terletak di sebelah Pasar Sentral Sibu akan memberikan imej tidak baik kepada Sibu lebih-lebih lagi ia terletak di pusat bandar.

“Justeru, MPS perlu mengadakan kempen kesedaran dan mengenakan kompaun sekiranya ada individu berbuat demikian pada masa akan datang.

“Kita sedang merancang perkara tersebut agar ia dilaksanakan secepat mungkin bagi mengelakkan perbuatan jijik ini berterusan,” tambah Ting.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha