Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Jimat masa dan belanja

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

BERALIH ke arah transformasi digital, pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan negara berkembang seiring dengan negara-negara maju yang lain.

Kita sudah melihat segala perubahan yang dilakukan oleh setiap pihak dalam memudahkan proses menguruskan sesuatu secara digital, sekali gus mempercepatkan urusan yang perlu dilalui.

Contoh yang paling mudah boleh dilihat seperti wujudnya aplikasi MySejahtera, pembayaran bil air dan elektrik, pembayaran yuran pengajian, permohonan bantuan dan sebagainya yang boleh dibuat melalui dalam talian.

Segala usaha ini selari dengan perkembangan pesat dunia digital yang turut memberi manfaat kepada masyarakat dari segi pengurusan masa, kos perbelanjaan dan lain-lain.

Dari aspek pengurusan masa, orang awam tidak perlu menggunakan masa yang terlalu lama untuk membuat sesuatu pembayaran secara fizikal. Hal ini kerana, seseorang itu tidak perlu beratur untuk menunggu giliran dipanggil bagi menguruskan hal-hal tertentu.

Bagi perbelanjaan kos pula, seseorang yang berada jauh dari kawasan bandar atau pusat yang menyediakan perkhidmatan pengurusan yang diperlukan tidak perlu berbelanja tinggi untuk menuju ke destinasi yang ingin dituju.

Begitu juga dari segi pengangkutan, keselamatan dan lain-lain masalah yang mungkin dialami oleh orang awam dapat dipermudahkan.

Terbaharu, kita menyaksikan satu lagi usaha yang mampu menerajui negara ke arah digitalisasi apabila kerajaan mengumumkan satu inisiatif berkaitan perkhidmatan dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kali ini, ia melibatkan pendigitalan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian secara berperingkat.

Bermula 10 Februari tahun ini, LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) diperkenalkan melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi MyJPJ di bawah satu projek perintis.

Sekali gus, penguatkuasaan peruntukan di bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan yang mewajibkan lesen kenderaan bermotor dipamerkan pada kenderaan, tidak lagi terpakai.

Menerusi langkah ini, mana-mana warganegara yang mempunyai kenderaan persendirian boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) untuk menggantikan pelekat cukai jalan pada kenderaan.

Sudah menjadi kebiasaan, apabila sesuatu perkara baharu diperkenalkan kepada masyarakat pasti akan mendapat reaksi yang berbeza.

Ada yang bersetuju dengan inisiatif tersebut kerana dipercayai memudahkan serta memberi manfaat dari pelbagai sudut, namun ada jika yang tidak.

Malah, ada juga yang menunggu dahulu untuk melihat keberkesanan pengubahan ke arah digitalisasi itu sebelum memberi sebarang pendapat.

Melihat kepada sisi positif, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mendedahkan bahawa kementerian dapat menjimatkan kira-kira RM96 juta setahun menerusi usaha ini.

“Segala proses pencetakan pelekat dan lesen boleh dikurangkan menyumbang kepada penjimatan itu.

“Pada masa sama, rakyat juga rakyat juga menerima manfaat dari segi pengeluaran kos kerana tidak lagi perlu membayar caj tambahan bagi tujuan penghantaran pelekat secara fizikal,” katanya.

Di samping tambahnya, inisiatif ini dapat mengurangkan keadaan sesak dan proses beratur panjang di kaunter dapat dikurangkan.

Usaha ini juga sekali gus dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti, seterusnya memberi lebih banyak keselesaan kepada rakyat.

Justeru, usaha ini jika berada di landasan yang betul pasti dapat membantu dari pelbagai aspek terutamanya masa, wang dan tenaga seseorang.

Rakyat haruslah menyokong usaha baik yang dibawa oleh kerajaan demi kepentingan negara dan orang awam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru