Negara dijangka mampu menjimatkan sehingga RM7 bilion menjelang 2030 dengan mengunakan pelet biojisim sebagai sumber tenaga negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Bercakap pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Biojisim Kebangsaan 2023, hari ini, beliau yang juga Menteri Perladangan Dan Komoditi berkata ini kerana penggunaan pelet biojisim dihasilkan daripada bahan buangan organik dikitar semula, sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan import arang batu.
“Itu adalah pilihan, kita boleh hasilkan pelet dengan banyak, jadikan ia sebagai tenaga hijau dan tidak lagi bergantung kepada arang batu,” katanya dan menambah langkah itu juga diambil untuk memperkasa industri biojisim negara



