ARTIKEL

Pemain golf kebangsaan Ng Jing Xuen | BERNAMA

Jing Xuen ketuai cabaran negara di Piala QSC 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Pemenang pingat emas Sukan SEA 2023 Ng Jing Xuen mengetuai cabaran negara di Piala Queen Sirikit (QSC) 2024, bersama dua pemain lain di Christchurch, New Zealand pada Mac depan.

Naib Presiden Persatuan Golf Wanita Malaysia (MALGA) Dr Noor Aziah Mohd Ariffin berkata dua pemain berkenaan ialah Sohniya Chandra Mohan dan Pang Hee Jie terpilih selepas mereka berjaya mengetepikan tiga calon lain semasa proses pemilihan di ibu negara baru-baru ini.

Beliau berkata pemilihan itu bukan berdasarkan ranking dunia semata-mata tetapi juga berdasarkan semangat yang dipamerkan oleh atlet berkenaan ketika proses pemarkahan dilakukan dalam disiplin puttingchipping dan driving range oleh jurulatih khas Chris Marrs. 

“Tiga orang ini (Jing Xuen, Sohniya dan Hee Jie) terpilih walaupun ada lagi tinggi ranking namun mereka tidak menunjukkan aksi memberangsangkan jadi (mungkin) tidak memuaskan hati jurulatih khas semasa proses pemilihan.

“Setakat ini semua latihan hanya berlaku di Malaysia iaitu di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) di Bukit Kiara selain mereka juga mempunyai jurulatih sendiri namun macam Hee Jie, berlatih di Johor sebab dia tinggal di sana,” katanya kepada Bernama semalam. 

Baca lain  Misi memburu juara Rimong Crocs United

Mengenai persiapan pemain-pemain negara itu, Noor Aziah berkata ia berjalan lancar dan ketika ini mereka giat mempertingkatkan prestasi masing-masing sebelum berangkat pada 17 Mac depan bagi memastikan kontinjen negara meraih keputusan positif pada kejohanan itu.

Beliau turut berharap lebih banyak sektor korporat sudi bekerjasama dengan badan induk sukan golf itu bagi membolehkan persatuan terus mengangkat martabat pemain golf wanita di Malaysia. 

“Persiapan berjalan lancar namun berharap masih ada pihak korporat yang sudi menaja kami (sebab kos tinggi).

Setakat ini kami ada penaja pakaian iaitu Carro (untuk ke New Zealand),” katanya.

MALGA sebelum ini menyasarkan atlet negara berada dalam kelompok lima terbaik di kejohanan berkenaan bagi mengatasi keputusan tahun lepas di Manila, Filipina yang menyaksikan Jing Xuen dan Foong Zi Yu berkongsi tempat ke-22, Wang Xin Yao (ke-27) bagi acara individu manakala tempat ke-11 daripada 12 negara acara berpasukan.

Piala QSC 2024 yang berlangsung pada 20 hingga 23 Mac depan merupakan acara tahunan golf berpasukan melibatkan pemain wanita amatur dari 12 hingga 14 negara Asia Pasifik. — BERNAMA

BERITA LAIN

Tunku Abu Bakar optimis naik podium lagi

SEPANG: Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim optimis pasukannya Triple Eight Johor Motorspors Racing (JMR) mampu sekali lagi menaiki podium pada GT World Challenge Asia

SUKMA XXI 2024: Petinju diingat kekal disiplin

KUCHING: Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) mengingatkan atlet khususnya yang terpilih mewakili Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 agar mengekalkan disiplin mereka. Presiden SABA,

HSL Samarahan Maraton tawar hadiah RM58,000

SAMARAHAN: Pelari Afrika, Brunei, dan Singapura antara yang mengesahkan penyertaan Samarahan Maraton HSL yang berlangsung pada 11-12 Mei depan. Kejohanan julung kali anjuran Majlis Perbandaran

BERITA TERBARU

Inul Daratista dakwa diri disihir

INUL DARATISTA, 45, berasa bimbang setelah dirinya secara tiba-tiba sakit sehingga muntah darah. Memetik media antarabangsa, Inul dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan setelah diperiksa