ARTIKEL

Jingling Christmas Market Kembali Meriahkan Sibu dan Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Suasana hujung tahun dijangka lebih meriah apabila Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menganjurkan ‘Jingling Christmas Market 2025’ yang bakal menghidupkan Pusat Maklumat Pelancong (VIC) di Sibu dan Miri.

Acara tersebut diadakan di Pusat Warisan Sibu dari 12 hingga 14 Disember dan di VIC Garden Miri dari 19 hingga 21 Disember ini dengan waktu operasi dari 4 petang hingga 10 malam.

STB dalam satu kenyataan media berkata, penganjuran tahun ini bertujuan meneruskan kejayaan Twinkling Christmas Market tahun lalu.

“Penganjuran ini menjadi sebahagian daripada usaha menjadikan VIC sebagai pusat komuniti yang lebih dinamik, bukan sekadar pusat maklumat pelancongan,” katanya.

Pada masa yang sama, pengunjung di kedua-dua lokasi bakal menikmati pelbagai aktiviti menarik.

“Setiap lokasi juga akan menganjurkan Majlis Penyalaan Pokok Krismas pada malam pembukaan sebagai simbolik pelancaran rasmi acara,” katanya.

Di samping itu, pasar ini turut memberi peluang kepada usahawan kreatif, penggiat seni dan peniaga kecil dengan penyertaan 30 peniaga tempatan di Miri dan 15 di Sibu.

“Penyertaan ini untuk mempamerkan produk mereka, sekali gus menyokong pertumbuhan usahawan mikro di Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif STB, Dr. Sharzede Datuk Salleh Askor berkata, penganjuran ini bukan sekadar menghiasi perayaan Krismas, tetapi memperkukuh hubungan komuniti.

“Ia menyediakan ruang untuk keluarga meraikan musim ini, serta mentransformasikan VIC menjadi pusat perhimpunan yang meriah dengan budaya, kreativiti dan hubungan sesama masyarakat,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU