ARTIKEL

Norizan (tengah) ketika sidang media berkenaan rampasan tersebut.

JKDM gagalkan cubaan seludup rokok, minuman keras pelbagai jenama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya merampas rokok dan minuman keras pelbagai jenama bernilai RM750,840.48 dalam satu serbuan di sebuah rumah kediaman di Brooke Drive di sini.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Datuk Norizan Yahya, berkata serbuan oleh Unit Operasi Darat, Cawangan Penguatkuasaan JKDM Sibu itu dijalankan hasil maklumat daripada Pusat Perisikan Zon Sarawak.

Norizan (tengah) ketika sidang media berkenaan rampasan tersebut.

Menurutnya, pemeriksaan di premis berkenaan menemukan sebanyak 8,330,000 batang rokok dan 190.08 liter minuman keras yang disyaki tidak berkastam serta diklasifikasikan sebagai barang larangan import mengikut Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

“Nilai rampasan itu turut melibatkan anggaran duti dan cukai sebanyak RM5,575,667.53 yang berjaya dielakkan daripada mengalami ketirisan.

Pelbagai jenis rokok dan minuman keras yang dirampas dalam serbuan tersebut.

“Tiada tangkapan dibuat kerana tiada individu di dalam rumah terbabit semasa serbuan.

“Modus operandinya, premis kediaman ini dipercayai digunakan sebagai tempat penyimpanan untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.

Norizan (tengah) bersama para pegawainya menunjukkan rampasan dalam serbuan tersebut.

Kes ini masih dalam siasatan,” katanya semasa sidang media di sini.

Norizan memaklumkan bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali nilai duti kastam atau RM100,000, yang mana lebih tinggi, dan tidak melebihi 20 kali nilai barang atau RM500,000.

Pesalah juga boleh dikenakan hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“JKDM turut menggesa orang ramai menyalurkan maklumat mengenai kegiatan penyeludupan bagi membantu usaha membanteras aktiviti yang merugikan negara serta mengancam keselamatan rakyat.

“Maklumat boleh disalurkan melalui Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau di mana-mana pejabat Kastam terdekat.

Identiti pemberi maklumat dijamin dirahsiakan,” jelas beliau.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha