ARTIKEL

Fatimah (tengah) menyampaikan cek cura kepada salah seorang penerima dalam majlis perasmian Sesi Libat Urus SCHB dan Perkhidmatan Lain JKMS, hari ini.

JKM Komited Laksana Program Turun Padang Salur Maklumat Bantuan Kerajaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak terus komited melaksanakan program ‘outreach’ atau turun padang bagi memastikan rakyat mengetahui pelbagai inisiatif bantuan serta sokongan yang disediakan, khususnya kepada golongan memerlukan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, program turun padang yang dilaksanakan oleh JKM itu merupakan antara usaha kerajaan negeri dalam memastikan tiada rakyat yang terpinggir daripada menerima bantuan kebajikan.

“Pendekatan ini bukan sahaja memudahkan penyaluran bantuan, malah berperanan sebagai platform penyebaran maklumat inisiatif kerajaan kepada masyarakat.

“Program ini dirancang dan dilaksanakan di seluruh bahagian sepanjang tahun kerana ia memudahkan bantuan kebajikan disalurkan secara langsung serta memberi penerangan berkaitan inisiatif kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sesi Libat Urus Senior Citizen Health Benefit (SCHB) dan Perkhidmatan Lain Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) di Daerah Daro, di Dewan Masyarakat Daro, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, matlamat utama program tersebut adalah untuk memastikan rakyat mengetahui serta memahami manfaat yang disediakan oleh kerajaan negeri.

Sehubungan itu, pelaksanaan program ‘outreach’ turut menggunakan pelbagai pendekatan termasuk media sosial, program lapangan serta kerjasama antara agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memperluas capaian maklumat.

Ujarnya, pendekatan menyeluruh ini penting bagi memastikan JKM dapat mengenal pasti dan menyalurkan bantuan kepada semua golongan sasar tanpa mengira lokasi.

Dalam pada itu, beliau menegaskan kerajaan negeri melalui JKM akan terus memperkukuh sistem kebajikan sosial bagi membantu rakyat keluar daripada kemiskinan dan menikmati taraf hidup yang lebih baik.

RAKAM KENANGAN…Fatimah merakam kenangan bersama-sama yang lain selepas majlis tersebut.
Fatimah dan Safiee merakam kenangan bersama-sama kakitangan pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Mukah.

BERITA LAIN

Pembangunan pesisir perlu utamakan kebajikan penduduk

BINTULU: Kerjasama kerajaan, sektor swasta dan komuniti setempat perlu diperkukuh bagi memastikan pembangunan kawasan pesisir pantai turut memberi keutamaan kepada keselamatan, kemudahan asas dan kesejahteraan

Keselamatan perairan perlu kerjasama aktif masyarakat

BINTULU: Komuniti pesisir pantai perlu lebih proaktif membantu pihak berkuasa memelihara keselamatan perairan negara, termasuk menyalurkan maklumat segera mengenai sebarang aktiviti mencurigakan kepada Agensi Penguatkuasaan

BERITA TERBARU

Pembangunan pesisir perlu utamakan kebajikan penduduk

BINTULU: Kerjasama kerajaan, sektor swasta dan komuniti setempat perlu diperkukuh bagi memastikan pembangunan kawasan pesisir pantai turut memberi keutamaan kepada keselamatan, kemudahan asas dan kesejahteraan