ARTIKEL

JKM Sarawak urus 1,466 kes kanak-kanak, 622 kes hamil luar nikah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) mengendalikan sebanyak 1,466 kes menurut Akta Kanak-Kanak 2001 untuk tempoh Januari 2022 hingga April 2023.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Sri Fatimah Abdullah, ia merangkumi 638 kes yang memerlukan perlindungan segera termasuk 622 kes hamil luar nikah.

“Selain itu, terdapat sebanyak 403 kes pemeliharaan dan perlindungan di bawah Seksyen 17 dan Seksyen 41; sejumlah 41 kes kanak-kanak tidak terkawal di bawah Seksyen 46 dan 384 kes terlibat dengan jenayah di bawah Seksyen 91,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 82 telah diperintahkan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak untuk ditempatkan ke institusi kebajikan seperti Rumah Kanak-Kanak (RKK), Asrama Akhlak (AA), Sekolah Tunas Bakti (STB) / Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo dan Taman Seri Puteri (TSP),” tambahnya.

Untuk berita terperinci, sila dapatkan daripada e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU