ARTIKEL

JLS keluarkan amaran dan penanda virtual, lokasi tenggelamnya Velesto Naga 7

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Laut Wilayah Sarawak dalam proses membuat penandaan ‘virtual buoy’ di kawasan insiden membabitkan sebuah pelantar minyak Velesto Naga 7 yang tenggelam di perairan Miri pada Isnin lepas.

Jabatan Laut Malaysia (JLM) berkata ia bagi memastikan masyarakat perkapalan tidak menggunakan laluan tersebut pada masa ini.

“Sebuah pasukan penyiasat juga ditubuhkan oleh Jabatan Laut Wilayah Sarawak bagi mengetahui punca kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

JLM menambah lanjutan daripada insiden tersebut, Notice to Marines (NTM) dan juga pemakluman melalui NAVTEX tentang situasi semasa Pelantar Minyak Velesto Naga 7 telah dilakukan oleh Jabatan Laut Wilayah Sarawak.

Jelasnya pada masa ini, tiada sebarang kecederaan dan tiada sebarang tumpahan minyak dilaporkan.

Terdahulu, JLM mengesahkan insiden berkenaan, yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.45 petang Isnin lepas.

Jarak antara pelantar minyak tersebut dengan Miri adalah kira-kira 139 batu nautika.

Katanya pelantar minyak Velesto Naga 7 milik Velesto Energy Berhad telah dimaklumkan bahawa semasa menjalankan kerja-kerja ‘pre-loading’, salah satu kaki pelantar minyak rig tersebut telah tercucuk dan mengakibatkan kedudukan pelantar condong dari kedudukan asal.

“Susulan kejadian itu, seramai 101 anak kapal telah berjaya meninggalkan pelantar minyak berkenaan menggunakan kapal OSV Perdana Marathon dan Armada Tuah 305 sebelum pelantar tersebut tenggelam pada kedalaman hampir 100 meter.

“Seramai 85 kru pelantar telah selamat tiba di Jeti Serimas pada jam 10 pagi semalam yang telah dibawa oleh kapal FCB Centus Eight dan sedang menjalani
kuarantin wajib selama 14 hari.

“Baki 16 kru lagi telah dibawa oleh kapal MV Tegas Maju ke Jeti Serimas jam 10.35 pagi tadi dan telah didaftarkan untuk dibawa menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di Miri,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan