ARTIKEL

Johan Ghazali tewas kepada Shimon Yoshinari di Tokyo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TOKYO: Arena sukan tempur di Ariake Arena menjadi saksi kepada satu pertembungan dramatik apabila bintang muda Muay Thai Malaysia, Muhammad Johan Ghazali, terpaksa menerima kekalahan di tangan jaguh tuan rumah, Shimon Yoshinari, hari ini.

Pertarungan dalam aksi ONE Samurai itu berakhir dengan keputusan sebulat suara yang memihak kepada Yoshinari selepas kedua-dua petarung mempamerkan aksi luar biasa dalam tempoh tiga pusingan.

Sejak pusingan pertama bermula, suasana di gelanggang kian memuncak dengan kedua-dua pihak saling berbalas serangan dalam usaha mencari kelebihan awal. Memasuki pusingan kedua, Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo, hampir mengubah skrip perlawanan apabila satu tumbukan tepat ke muka menyebabkan Yoshinari rebah, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kem lawan.

Bagaimanapun, daya tahan Yoshinari menjadi titik tolak kebangkitan wakil Jepun itu. Memasuki pusingan terakhir, keadaan menjadi semakin sengit apabila kedua-dua petarung dilihat berlumuran darah akibat serangan bertubi-tubi.

Yoshinari mula mendominasi ruang dengan menggunakan kelebihan fizikalnya. Jangkauan yang lebih jauh dan ketinggian nyata memberi kesukaran buat Jojo apabila beliau kerap diasak dengan sepakan tinggi yang memaksa wakil negara itu bermain secara defensif.

Walaupun Jojo cuba menyusun semula strategi dan mencari rentak pada saat-saat akhir, tekanan berterusan daripada Yoshinari memastikan kemenangan mutlak buat jaguh Jepun itu menerusi keputusan juri.

Keputusan ini menandakan kemenangan kelima buat Yoshinari dalam saingan ONE Championship. Bagi Johan Ghazali, ini merupakan kekalahan keempat dalam kerjayanya, namun beliau tetap memegang rekod lapan kemenangan keseluruhan yang mengagumkan dalam kejohanan bertaraf dunia tersebut.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat