ARTIKEL

John Ilus berpotensi pertahan Bukit Semuja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberi bayangan penyandang kerusi Bukit Semuja, John Ilus akan mempertahankan Dun tersebut pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12).

Menurutnya, John telah memperlihatkan prestasi yang baik sepanjang menjadi wakil rakyat di kawasan berkenaan dalam tempoh lima tahun lepas.

“Segala usaha beliau dalam membantu rakyat di kawasan ini sangat memuaskan. Oleh itu, berilah sokongan yang sepatutnya,” katanya semasa Majlis Perasmian Agricop, di Balai Raya, Kampung Remun, hari ini.

Ujarnya lagi, John masih muda dan cergas dalam melaksanakan tugas yang diberikan dan lebih mengetahui kepentingan rakyat di Dun tersebut.

“Bagaimanapun, semua keputusan penamaan calon terletak pada tangan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang akan mengumumkan kelak,” jelasnya.

Justeru, Uggah menyeru rakyat untuk terus memberikan sokongan padu kepada calon yang bertanding khususnya daripada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU