ARTIKEL

Johnical Rayong harap dicalonkan semula di Engkilili, serah keputusan kepada Premier

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: ADUN Engkilili, Dr Johnical Rayong berharap dapat dicalonkan semula pada pilihan raya akan datang, namun menyerahkan keputusan itu kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, keputusan menentukan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) terletak pada Premier selaku Pengerusi GPS.

“Walaupun kita mahu, ramai orang juga mahu.

Tetapi akhirnya Yang Amat Berhormat Premier sebagai Pengerusi GPS yang memutuskan siapa menjadi calon,” katanya ketika ditemui pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Johnical berkata, beliau sendiri belum mengetahui keputusan mengenai pencalonannya, justeru menyerahkan perkara itu kepada kepimpinan GPS.

Beliau berkata, harapannya adalah untuk terus menyumbang bakti kepada rakyat, selain menyokong kepimpinan Premier dalam memastikan kestabilan politik dan pembangunan Sarawak.

Katanya, perancangan pembangunan yang dirangka kerajaan negeri perlu direalisasikan bagi mencapai aspirasi menjadikan Sarawak negeri maju menjelang 2030.

Beliau turut berharap Engkilili terus maju, makmur dan aman, dengan rakyat menikmati manfaat pembangunan yang dilaksanakan kerajaan negeri.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Liga Lundu 2026: Aksi suku akhir dijangka sengit

LUNDU: Saingan peringkat suku akhir kempen Liga Lundu 2026 berlangsung hujung minggu ini (Sabtu dan Ahad). Pertembungan melibatkan lapan pasukan terbaik itu dijangka sengit kerana