ARTIKEL

Johnny Pang dan Izzatur Rahman berbincang tentang pelaksanaan Program Tabung Inspirasi SSPN Anak Tanjong Batu (TISPATB).

Johnny Pang komited bantu pendidikan anak-anak keluarga berpendapatan rendah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, menzahirkan komitmen teguhnya dalam melaksanakan Program Tabung Inspirasi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Anak Tanjong Batu (TISPATB) tahun 2025 — inisiatif yang bakal memberi manfaat besar kepada anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah di kawasan tersebut.

Perkara itu dinyatakan semasa menerima kunjungan hormat daripada wakil Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Sarawak, Cawangan Miri, yang diketuai Pengurus Jualan, Izzatur Rahman, di Pusat Khidmat DUN Tanjong Batu, pagi tadi.

Izzatur menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada Johnny Pang.

TISPATB dijangka memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 500 pelajar sekolah rendah dan menengah daripada kumpulan B40 menerusi pembukaan akaun serta simpanan awal dalam SSPN.

“Program ini mencerminkan kesungguhan saya dalam memperkukuh masa depan pendidikan anak-anak di Tanjong Batu.

Ia bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi satu pelaburan jangka panjang dalam membina budaya menabung dan perancangan masa depan sejak usia muda,” kata Pang.

Beliau turut mengalu-alukan kerjasama berterusan antara PTPTN dan pihak sekolah dalam memastikan bantuan sampai kepada golongan sasar dengan lebih berkesan dan menyeluruh.

TISPATB merupakan satu lagi inisiatif proaktif ADUN tersebut dalam mengurangkan jurang pendidikan serta membentuk asas kukuh bagi melahirkan generasi cemerlang di Tanjong Batu.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha