ARTIKEL

Johnny Pang sempat bantu pengundi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dun Tanjung Batu Johnny Pang Leong Ming tiba di Bangunan Persatuan Bulan Sabit Merah tepat jam 8.00 pagi.

Sebelum memasuki pusat pengundian, Johnny Pang sempat membantu petugas Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) membersih takungan air di hadapan pintu masuk pusat pengundian itu.

Beliau, kemudiannya, beramah mesra dengan pengundi yang selesai melaksanakan tanggungjawab mereka.

Ketika ditemui pemberita selepas selesai membuang undi, Hasan bersyukur kerana proses pengundian berjalan  lancar.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak(SUPP) Cawangan Bintulu itu akan ditentang calon DAP, Chiew Chan Yew, Tang Eng Hui(PSB), Yek Hock Siang(PBK), Chieng Lea Phing(ASPIRASI) dan Wong Hau Ming(Bebas).

Beliau memberitahu akan melawat ke beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) selepas ini.

 

BERITA LAIN

378 permohonan ALAF di Tellian belum dilaksanakan

KUCHING: Sebanyak 378 permohonan di bawah Projek Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF) di Tellian belum dilaksanakan setakat ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston

BERITA TERBARU