TARAT: Orang ramai berpeluang mendapatkan baucar kemasukan percuma ke Borneo Empurau Farm & Resort (BEFR) yang terletak di Tarat, Serian.
Baucar terbabit boleh didapati di pusat pameran BEFR sempena program ‘Star Carnival Cuti-Cuti Malaysia’ yang akan diadakan di ruang legar pusat beli-belah Plaza Merdeka bermula dari 17 hingga 19 Oktober ini.
Pengarah BEFR, Abdullah Jawawi memberitahu, pihaknya (BEFR) amat menghargai sokongan yang diberikan masyarakat selama ini.
“Mereka perlu berkunjung ke pusat pameran BEFR yang terdapat di Plaza Merdeka sepanjang tiga hari.
“Anda datang ke tempat pameran kami, pada masa yang sama anda hanya perlu menjawab beberapa soalan mudah yang diberikan menerusi dalam talian,” ujar Abdullah ketika mengulas mengenai perkara itu.
Menurut Abdullah, sekiranya berjaya menjawab soalan tersebut, anda akan diarah untuk melakukan cabutan bertuah dan berpeluang mendapatkan baucar percuma berkenaan.
Sambil menyatakan pakej disediakan untuk baucar percuma yang disediakan pihaknya adalah untuk keluarga, dewasa dan kanak-kanak
Baucar berkenaan sah untuk diguna pakai sehingga 31 Disember 2025.
Dalam pada itu, Abdullah berkata, BEFR amat berbesar hati apabila dijemput untuk mengambil bahagian dalam acara jerayawara berkenaan.
“Kami sangat berterima kasih kepada penganjur kerana menjemput dan memberi peluang untuk menjayakan program ini,” menurut Abdullah.


