ARTIKEL

Jom Fit Jom Sihat Larry Sng Kesihatan Julau

Jom Fit Jom Sihat capai matlamat, pesertanya turun hingga 23 kilogram

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JULAU: Program Jom Fit Jom Sihat yang dijalankan sejak tiga bulan lalu berjaya memberikan kesedaran kepada warga Julau dalam menjaga kesihatan dan mencapai objektif program.

Program yang direka khas oleh Pusat Khidmat Parlimen Julau dengan sokongan agensi berkaitan berjaya menarik minat peserta, dan program itu bertujuan menggalakkan rakyat menjalani kehidupan lebih sihat.

Sementara itu, Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien memuji program berkenaan kerana ia telah memupuk kesedaran masyarakat tentang kesihatan dan melatih diri untuk makan makanan yang sihat.

“Dalam program ini turut diadakan pertandingan penurunan berat badan di samping menggalakkan orang ramai mengawal berat badan dan memberi motivasi.

“Sekiranya tiada aktiviti sebegini, rakyat tidak akan terdorong untuk menyertai dan menjadi peserta. Malah dengan cara ini kita boleh menjaga kesihatan.

“Saya rasa program ini sangat bagus kerana ia boleh mengurangkan diabetes, berat badan berlebihan dan kita juga boleh melindungi jantung,” katanya.

Tambah Larry, pada hari pertama, penyelaras program mendaftarkan lebih 200 peserta untuk menyertai pertandingan menurunkan berat badan terbanyak.

“Jadi hari ini pertandingan telah tamat dan kami telah menimbang peserta.

“Pemenang menjadi milik Tal anak Enseriban yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 23.5 kilogram (kg). Berat badan sebelum ini ketika mendaftar pertandingan ialah 109.3 kg.

“Kejayaannya telah membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan ini adalah satu dorongan,” kata Larry.

Di tempat kedua dan menerima hadiah RM2,000 ialah Sullang anak Kabot yang berjaya menurunkan berat sebanyak 19.7 kg. Berat tubuh beliau sebelum ini ialah 125.3 kg dan kini 105.6 kg.

Pemenang tempat ketiga yang berjaya menurunkan 19.6 kg daripada berat pendaftarannya 85.5 kg ialah Dato Banabas Tegong dan menerima RM1,000.

“Menurut peserta, cara mereka menurunkan berat badan adalah dengan bersenam seperti berjoging sejauh lima kilometer (km) dan ada juga yang sehingga 10 km sehari.

“Selain itu, mereka berhati-hati tentang pemakanan seperti tidak makan nasi dan gula.

“Manakala salah seorang pemenang hanya makan lobak merah, herba dan telur selama tiga bulan,” kata Larry, menjelaskan bagaimana para peserta menjaga pemakanan mereka.

Sementara itu, walaupun program itu kini telah tamat, Larry berharap para peserta terus menjaga kesihatan mereka.

Katanya, mereka juga akan merancang untuk menganjurkan program itu sekali lagi pada tahun baharu supaya lebih ramai penduduk di Julau sentiasa menjaga kesihatan mereka.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU