ARTIKEL

SAMBUTAN MERIAH... Ribuan pengunjung hadir menyaksikan Konsert Jom Heboh 2026 Kota Samarahan. Foto UKAS

Jom Heboh Kota Samarahan raih sambutan luar biasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Hampir 10,000 pengunjung membanjiri Konsert Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak Kota Samarahan, sekali gus menyerlahkan potensi kawasan itu sebagai lokasi penganjuran acara berskala besar yang mampu menarik kehadiran masyarakat dari pelbagai kawasan.

BERTENAGA… Barisan artis yang membuat persembahan pada Konsert Jom Heboh 2026 Kota Samarahan. Foto UKAS

Ribuan pengunjung dari Kota Samarahan, Kuching, Serian dan kawasan sekitarnya mula memenuhi perkarangan berhampiran Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) sejak petang bagi mengikuti pelbagai aktiviti sebelum menikmati kemuncak persembahan pentas pada Sabtu malam.

Konsert tersebut turut disaksikan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Barisan artis tempatan dan tanah air memeriahkan pentas menerusi persembahan bertenaga yang mendapat sambutan hangat daripada ribuan penonton.

Persembahan dimulakan oleh Mariam Saim, diikuti Haiza Hanafi sebelum Aweera menghangatkan pentas menerusi lagu popular Andai Ku Bercinta Lagi dan Romancinta.

Suasana terus meriah apabila Fiq Halim menyampaikan lagu hit Tiga Malam Tanpa Bintang yang turut dinyanyikan bersama penonton sebelum Aepul Roza mengambil alih pentas dengan persembahan penuh bertenaga.

Konsert kemudian diakhiri dengan persembahan kumpulan Kristal X yang menutup acara dalam suasana meriah.

Selain menyediakan ruang hiburan berteraskan kekeluargaan, penganjuran Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak Kota Samarahan turut memberi limpahan kepada aktiviti ekonomi setempat menerusi peluang kepada usahawan tempatan meningkatkan jualan.

BERTENAGA… Barisan artis yang membuat persembahan pada Konsert Jom Heboh 2026 Kota Samarahan. Foto UKAS

Program tersebut turut menyediakan ruang kepada pelbagai agensi kerajaan untuk memperkenalkan perkhidmatan, inisiatif dan produk masing-masing kepada masyarakat.

Kehadiran hampir 10,000 pengunjung dalam satu acara turut memperlihatkan potensi Kota Samarahan untuk terus menjadi lokasi pilihan bagi penganjuran acara berskala besar pada masa hadapan.

Perkembangan itu selari dengan usaha memperkukuh sektor pelancongan, industri kreatif dan ekonomi tempatan menerusi penganjuran program yang mampu menarik pengunjung serta mewujudkan peluang kepada komuniti dan pemain industri.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU