ARTIKEL

JOM RAYA lagu mencuit hati

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SETIAP kali menjelang Aidilfitri, pasti ramai penyanyi yang mengeluarkan lagu raya mereka tersendiri.

Daiyan Trisha juga tidak ketinggalan tampil dengan lagu raya berjudul Jom Raya.

Lebih menarik, Daiyan mengeluarkan lagu dengan rentak bunyi yang lebih santai, iaitu penggunaan bahasa yang sering digunakan di media sosial sebagai lirik.

Bahkan, Daiyan yang juga penulis lirik lagu ini menggunakan kata-kata gurauan untuk menjadikan lirik lagunya lebih menarik, yang turut menggabungkan muzik tradisional dan moden.

Kongsi Daiyan, lagu ini dicipta sejak setahun lalu, namun belum ada kesempatan untuk melakukan rakaman sepenuhnya. “Ini merupakan lagu raya pertama saya dan sangat mengujakan.

Sebenarnya, lagu ini sudah separuh jalan disiapkan pada tahun lalu, namun kekangan masa menyebabkan saya menangguhkan ia dahulu.

“Tahun ini, saya hanya membuat beberapa penambahbaikan dan terus merakam Jom Raya.

Bagi saya, ini adalah antara projek yang paling mudah dan paling seronok untuk dihasilkan,”ujarnya.

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk