Jom sertai karaoke sempena Kaul Medong 2020

DALAT: Orang ramai sekitar Mukah dan Dalat dijemput untuk sama -sama menyertai Pertandingan Karaoke sesi 2019/2020 pada 28 hingga 30 Disember bersempena Kaul Medong 2020, yang bakal diadakan pada 1 Januari akan datang.

Menurut Pengerusi Pertandingan Karaoke Mahdin Ripin, terdapat empat kategori dipertandingankan kepada peserta yang berminat sekitar Mukah.

Jelasnya kategori tersebut ialah untuk Bintang Kecil bagi peserta yang berumur 17 tahun dan ke bawah (yuran penyertaan RM10), ketegori kedua untuk Dewasa bagi yang berumur 18 tahun hingga 45 tahun (yuran penyertaan 10), kategori ketiga ialah untuk Veteran yang berumur 46 tahun ke atas (yuran penyertaan RM15) dan bagi kategori duet terbuka (yuran RM20).

“Tarikh tutup penyertaan ialah pada 27 Disember pada jam 5 petang dan pertandingan ini kita akan adakan di Balai Raya Kampung Medong Hulu pada jam 8 malam.

“Saringan juga akan dibuat pada 28 hingga 29 Disember mengikut kategori masing-masing dan suku akhir akan berlangsung pada 30 Disember,” katanya kepada wartawan Suara Sarawak

Tambahnya lagi hadiah wang tunai bakal menanti kepada semua pemenang yang bertuah dan objektif utama pertandingan tersebut diadakan ialah bagi mengumpul dana until aktiviti pada tahun hadapan disamping mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk kampung setempat dan sekitar Mukah.

“Bagi mengetahui maklumat lanjut tentang pertandingan ini, orang ramai boleh menghubungi Menz Zuras di 01488889059, Justina Kuda di 0148916571, Fitri Sulaiman di 01135059188 dan Najwa Ibrahim di 0138158705,” katanya.