ARTIKEL

Legenda badminton Denmark, Kenneth Jonassen (jersi biru), dilihat bersama para jurulatih pada hari pertama memulakan tugasnya sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki kebangsaan di PETRONAS Akademi Badminton Malaysia hari ini.

Jonassen ‘kacukan’ gaya Asia, Eropah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu, Kenneth Jonassen, teruja untuk memperkenalkan gabungan gaya permainan Asia dan Eropah kepada pemain selepas memulakan tugasnya secara rasmi hari ini.

Legenda badminton Denmark itu berkata beliau bertanggungjawab membantu setiap pemain mengembangkan potensi penuh mereka dan memastikan mereka sentiasa bermotivasi.

“Saya mahu mengadakan perbincangan bersemuka dengan setiap pemain, jurulatih dan pasukan kejurulatihan sebelum membuat sebarang perubahan.

“Segalanya akan berjalan seperti biasa untuk dua atau tiga minggu ini kerana saya mahu memahami pemain, jurulatih dan idea di sebaliknya serta apa yang memberi motivasi kepada mereka.

“Saya sedang menyesuaikan diri dengan beberapa idea kerana memahami semuanya adalah kunci dan motivasi terbaik untuk kita bergerak ke hadapan.

“Saya bersyukur berada di sini tetapi tidak bermaksud untuk memberikan impak serta-merta, hanya berbincang dengan mereka secara individu dan kolektif sebagai satu pasukan,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara hari ini.

Sementara itu mengenai Leong Jun Hao yang menjadi wakil tunggal perseorangan lelaki di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) layak beraksi di Terbuka Malaysia 2025, Jonassen berkata beliau akan berada bersama dengan K. Yogendran di kerusi jurulatih ketika aksi pemain itu.

Beliau juga mengaku bahawa Jun Hao akan berdepan cabaran sukar pada kejohanan berstatus Super 1000 berdasarkan undian pusingan pertama berdepan wakil China Lu Guang Zu, namun pertemuan itu pasti menarik.

Menurut Jonassen, beliau juga akan mengenal pasti situasi Ng Tze Yong yang masih lagi trauma dengan kecederaan belakang dialaminya sebelum mengambil sebarang langkah membantu pemain berusia 25 tahun itu.

“Saya rasa ia perkara biasa bagi mana-mana pemain yang telah melalui pembedahan, mereka akan berhati-hati semasa kembali ke tahap tertinggi.

“Saya mahu berbincang dan mendengar daripada pihaknya, perasaannya dan pendapatnya,” katanya.

Tze Yong terlepas peluang untuk membuat penampilan pertamanya di Sukan Olimpik 2024 selepas BAM mengesahkan beliau belum pulih sepenuhnya untuk menjalani latihan dan kejohanan intensiti tinggi kerana risiko kecederaan belakangnya bertambah teruk.

Kecederaan dialaminya bermula pada Terbuka Malaysia 2024, apabila mengalami otot belakang terkoyak, diikuti kecederaan tulang belakang pada Kejohanan Berpasukan Asia (BATC) pada tahun lepas yang memerlukannya untuk menjalani beberapa siri pembedahan.
 
Jonassen, 51, mempunyai rekod prestasi yang terbukti telah memainkan peranan penting dalam membentuk legasi Denmark selama 13 tahun sebagai jurulatih.

Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai ketua jurulatih England.

Bekas pemain nombor dua dunia dalam perseorangan lelaki itu memenangi gelaran berprestij seperti Terbuka Jerman, Korea, Belanda dan Singapura semasa karier bermainnya.
Sebagai sebahagian daripada peranannya, Jonassen akan bekerjasama rapat dengan Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, untuk merangka pelan pembangunan jangka panjang program perseorangan Malaysia. – BERNAMA

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke