ARTIKEL

Raja Abdullah II. - Foto: ICIJ

Jordan tidak benarkan serantau berlaku di wilayahnya – Raja Abdullah II

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL, Turkiye: Raja Jordan, Raja Abdullah II, menerima satu panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, pada Sabtu, menurut Kerabat Diraja Hashemite.    

Panggilan telefon itu meliputi perkembangan terkini di rantau itu dan usaha untuk mengurangkan ketegangan dan mewujudkan gencatan senjata di Gaza, menurut kenyataan Kerabat Diraja Hashemite, lapor Agensi Anadolu.

Raja Abdullah menekankan keperluan untuk menghentikan peningkatan konflik di rantau itu dengan segera dan memberi amaran bahawa sebarang langkah peningkatan yang diambil Israel akan memburukkan  lagi konflik di rantau itu. 

Baginda bertitah, menamatkan serangan di Gaza dengan segera adalah langkah yang perlu bagi mengelak konflik itu daripada ‘’melimpah” di rantau itu, katanya. 

“Jordan tidak akan membenarkan perang di rantau ini berlaku di wilayahnya, dan mengingatkan akan kesan serangan Israel ke atas Gaza dan langkah sehala di Tebing Barat,” katanya.

Raja Abdullah dalam titahnya menggesa agar pelindungan diberikan kepada orang awam di Gaza dan memastikan bekalan bantuan kemanusiaan disampaikan menerusi pelbagai saluran secara berterusan.   

Kerabat Diraja Hashemite berkata perbincangan dalam perbualan telefon itu meliputi keperluan untuk mengekalkan koordinasi antara Jordan dan AS berhubung perkembangan serantau. – BERNAMA-ANADOLU

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

PRN Melaka: 79 calon bertanding

Seramai 79 calon daripada pelbagai parti, gabungan politik dan Bebas disahkan layak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang berlangsung pada 14 Nov.

Ibu bapa perlu pantau anak, elak budaya buli

SARIKEI: Ibu bapa perlu meningkatkan pengawasan terhadap pergaulan dan tingkah laku anak-anak, termasuk penggunaan media sosial, bagi membentuk generasi berakhlak mulia serta menghindari gejala buli